Tuesday, August 02, 2011

Wordless Wednesday Versi Tak Sabar-sabar Nak Tunggu Rabu | Kembar Harimau Bintang Berjaya Ditemukan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!
Pakej bagi salam panjang-panjang, tajuk entry panjang, tapi jangan risau nak merepek sikit je ni muehehe.


Awak semua percaya tak kalau kite cakap harimau bintang suka bergambar?
Siap pose syok sendiri dekat toilet kampus pulak tu! Alamak, harimau bintang pun pergi belajar tuuuu! Bak kata pepatah, 'menuntut ilmu biarlah sampai ke negara China', tak gitu? Hehe.

Dan dengan ini mempersembahkan:

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadaaaa!


Muehehe tak payah nak harimau bintang sangatlah kan! Si Chomot ni je lah!
Haihh nak buat saspens pun tak jadi kehkehkeh.


Muka kalau tak teruja gila babeng time bergambar memang tak sah. 
Yang penting double chin dengan mata panda tu mahal okay! 
Bukan semua orang ada! Kepada sesiapa yang berminat nak beli lemak berlebihan bawak dagu dan juga mata-lebam-secara-semulajadi-bukan-stok-kena-belasah-gangster-Kampung-Pisang, harap maaf memang tak dapek ahh! Persoalannya dekat sini ada ke yang nak beli? =="


Ada member memberikan petua sebegini rupa;
"Kau dah tahu ada jerawat sekelompok dekat pipi kiri tu tak payahlah nak tayang kesan noda dan cela (jerawat je pun) yang sangat tidak cool itu depan kamera!"
Perghh anda memang genius dengan idea sedemikian wahai sahabat, atau kite yang mangkuk kurang brilliant sangat benda tu pun tak reti nak cover? Dan sekarang memang gambar aku lepas ni tayang pipi kanan je, setidak-tidaknya sebelum jerawat itu menemui jalan penyelesaian yang efektif untuk dilenyapkan. Minta-minta pipi kanan tidak pula dihinggapi acne fuh fuh fuhhh!



Gedik pulak minah ni bulan-bulan Ramadhan sebegini. Adoiyaiii.




Nak juga bajet seperti blogger fashionista yang list segala mak datuk brand yang dipakai di badan!

Leopard-printed shawl: Ditaja oleh keysha1111.blogspot.com/ [rujuk entry ini]
White shirt: Unbranded, RM25
Inner coklat: Inner je kot, ada siapa kisah pasal brand dan harga ke? Hehe
Jeans: Applemint
Beg pink: Miss T, RM65 (tapi pakai seminggu dah koyak grrr)
Watch: Polo Club Brittania sponsored by Mr. A (sebab tu dah agak retak pun pakai jugak huhu kite ni memang tak pandai jaga ke sobsobsobs)
Cincin tunang: Wakluuuuuuu! Belajar tak habis lagi derr hehe.

Kesian sekian sahaja laporan saya, Melin Chomot, untuk Buletin-Pukul-Berapa-Pun-Boleh! hanya di the belog chomot.

Selamat berpuasa! Puasa jangan tak puasa tau (^,^)



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

6 taiko kawasan bagi amaran:

Sallehudin Mohamad said... BALAS

cik chomot puase2 pun bergmba tetap ye...

Fairuz Zainal said... BALAS

haha belajar kasi abes dulu. beli barang ribu2 punye.

Melin said... BALAS

@SaLLeHudIN MoHamAd
HAHAHA, itu satu kemestian! Teehee ;)

Melin said... BALAS

@fairuz
Wokeh! Tarak hal punya! Muehehe.

Zulfahmi Abidin said... BALAS

kate wordless. tapi tak mcm wordless pon. tajuk pon dah panjang lebar.^_^

alepridz said... BALAS

muncungnyer mulut...