Assalamualaikum! Tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala! (^,^)
Boleh tak entry kali ini kite nak cerita pasal dinner kite Sabtu lepas? Aikk bila masa pulak kite pandai mintak izin ni? Tak ponah-ponah kan? Kalau awak semua cakap tak boleh pun kite peduli apa, kite nak cerita jugak! *hentak-hentak kaki 120 batu sesaat. Omangai gedik gilaaaa!
Dinner? Dinner apa? Ohh lupa pulak nak cerita. Actually ini dinner maa adalah anjuran Society of Science (SCISIS) UiTM Negeri Sembilan. Julung-julung kalinya diadakan tau! Bangga dan mengembangkan kedua-dua lubang hidung empat meter persegi sebab dapat join. Tempat hanyalah untuk 350 yang terawal, dan ucaplah tahniah dekat kite sebab berjaya merebut tempat tersebut! Erkk.
Kejap nak tepek gambar invitation card.
Kenapa dinner ada limit?
- sebab course Diploma in Science adalah course paling ramai student dekat kampus kite ni. Maybe dalam 75% kot. Haha suka hati tibai percentage, tapi ni nak cerita betapa ramainya budak course kamilah. Dan agaklah mustahil untuk menyumbat semua budak Sains daripada part 1 hinggalah ke part 5 dalam tempat yang terhad ruangnya, iaitu Melang Inn. Yang tak dapat, tak sempat join tu jangan sedih okay? There's always next time, inshaAllah :)
*cara menaip macam kite ni VC UiTM je, lempang sikit nak? Muehehe
Dan nak dijadikan cerita, kite tak ada mood sangat pun nak pergi dinner ni. Tak tahu kenapa. Maybe satu minggu yang agak menyakitkan jiwa dan raga telah terjadi dan memberi kesan kepada mood manusia yang mahu pergi ke dinner pertama ini.
Lack of preparation. Baju shawl wedges pun main tangkap muat je. Tambah rushing masa lagi, kelam kabut jadinya. Biasalah dinner mesti start dalam pukul 8, lepas maghrib kan? Dengan nak sembahyang, makeup (tak berapa makeup mane pun), pak cik taxi yang dah sampai pukul 7.50malam, inilah keputusannya.
Padan muka, Melin Chomot, Budak Chomot, ambek memang betul-betul chomot terus jadi! Sobsobsobs *nangis 25 batu sesaat :'(
Selekeh kan? Tak payah nak sedapkan hati I, memang sangat selekeh. Rasa macam mahu bunuh diri ketika itu juga. Astaghfirullah. Takdelah, just rasa menyesal tak guna masa dengan sebaiknya buat preparation yang lengkap, tengok-tengok orang lain bukan main vogue dan kite tak se-vouge mereka. Agak down di situ T__T
But anyway thanks to the hormones sebab mengambil masa yang sangat sekejap untuk stabilize. Tepuk tangan dekat Melin Chomot sebab berjaya mengawal emosi! Muehehe. Dalam taxi senyap 5 minit sampai cakap dekat member "aku tak nak pergi dinner ni" dan tiba-tiba otak berfungsi, "kenapa aku perlu jadi childish? Dinner bukan hanya pasal appearance semata-mata, go have fun with your friends dan kau kan dah bayar RM30? Rugi weh kalau nak patah balik! Seminggu boleh menanggung makan tuuu" And here I am, redah je! Hehe
Dah sampai! Memang mesti kena snap gambar secara berdozen!
Marilah berkenalan dengan kawan-kawan saya yang cantik! Kite dah puji cantik ni apa lagi belanjalah kite bukak puasa dekat hotel lima bintang! Muahaha. Semua single lagi, nak nombor phone sila mintak sendiri. Gerenti tak dapat sebab semua garang-garang. Hehe.
Butterscotch Fatin yang sangat gorgeous malam itu. Terus rasa nak ajak couple dengan I muehehe.
Boleh tak kalau nak gambarkan dinner ni melalui gambar sahaja? Layankannnn! Zassss!
*gambar-gambar di bawah adalah tidak mengikut kronologi kejadian sebab owner blog pemalas nak mampus betul
Apa kes focus point macam kat aku ni? Terasa seperti gergasi berjubah -.-'
Credits to Mira dan DSLR barunya wink wink (^,+)
Pipi tu aset weh!
Waiter bangla tu pun nak interframe jugakkk! Pun bolehhhh!
Sebenarnya nak tutup jerawat dekat pipi dan promote kuih bingka (eh?) dalam satu masa. Sambil menyelam minum 100 plus weh.
Mamat dekat depan tu memang retarded sikit. Fuhhh kutuk tanpa beralas betul kite ni kan muehehe sorry! :D
Maisara, budak Science perempuan paling tinggi yang kite kenal. Time ni pakai wedges 38 inci pun tak boleh kalahkan dia. Lepas ni kena pakai kaki yang orang pakai kat circus tu kot untuk kelihatan lebih tinggi daripada beliau hehe.
Time ni dah nak balik dah.
Serious cool!
Kemain eksaited nampak belon. Dasar kanak-kanak hingusan.
Nak letak jugak gambar makanan kita orang malam tu dengan tujuan kalau awak semua baca entry ni time puasa di siang hari akan terliur satu baldi. Keji sungguh perangai. Kata nak jadi budak baik -.-'
Zoom lagi biar awak semua tak senang duduk mahupun berdiri muehehe. Overall RM30 kita orang hari tu is nothing compared to these yummy food! Memang berbaloi baloi kalah Kamdar weh! Dari appetizer, main course, desserts, satay Pilah segala bagai, semuanya memuaskan hati dan jua perut gendut memasing.
Nasi warna-warni, terbaik dari ladang Melang Inn. Nak tambah tapi maluuuuu.
I kan pemalu orangnye, tak gitu kengkawan? Hehe ;)
Tengok tu, gambar tak bersusun.
Ini appetizer, bubur pisang tak silap. Time ni tahap kelaparan tak boleh digambarkan dengan kata-kata lantas terus melahap dengan rakus sampai tak pandang langsung student buat performance atas pentas. Muehehe no offense. Perut kosong mesti diiisi :)
Actually banyak je lagi gambar tapi malas nak upload semua. Hehe malas aje yang timbul kan. I happy sangat malam tu, puas hati dengan dinner ni. Big claps to the organizer. You guys did a great job! Harap-harap event macam ni akan ada lagi dan lebih ramai yang boleh datang. inshaAllah :)
Cukuplah sampai sini, panjang-panjang awak smeua muak pulak! Hehe.
Okbye. Selamat berpuasa! (^,^)V
UPDATE: Pengat pisanglah, bukan bubur pisang! Maluuuuuuu. Nampak sangat jarang masuk dapur muehehe.
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)
3 taiko kawasan bagi amaran:
perghh..gambar 'kte' berchaya gler..haha..eh..itu bukan pengat pisang ke??mcm mane bleh jadik bubur pisang pulak??
terima kasih dgn pujian yg x abis2...
but semua org cantik mlm tuu....
budak2 dip sains semuaa vogue2 belaka.
Post a Comment