Assalamualaikum. Salam Ramadhan Al-Mubarak :)
Entry tiga jengkal sahaja panjangnya demi menunggu waktu berbuka puasa.
Tengok gambar ini dan hayati maksud tersirat ye kawan-kawan.
Sorry kualiti gambar kurenggg. Syahdu sangat teringat lemang rendang lembu dekat kampung halaman sampai tangan menggigil time nak snap gambar. Hehe.
Ye, seperti yang kelihatan, dua bulatan merah itu menunjukkan mereka pasang lampu lip-lap di tingkap bilik masing-masing sejak hari-hari terawal Ramadhan lagi. TOLONG BAGITAHU MACAM MANA I NAK BENDUNG RASA HOMESICK YANG KETERLALUAN APABILA SETIAP KALI JENGUK KE LUAR TINGKAP NAMPAK INI?
Tekanan perasaan tahu?
Belum masuk lagi segelintir mahasiswa-mahasiswi yang menjadikan "Dendang Perantau" dan "Dari Jauh Ku Pohon Maaf" sebagai nada dering telefon bimbit. Ohoy, puasa dulu baru raya okay? (Padahal hati sayu dengar lagu-lagu sedemikian)
PS: Sabtu ini berkemungkinan satu Kuala Pilah akan menghadapi gangguan bekalan elektrik. Adakah ini satu alasan yang munasabah untuk pulang ke rumah lagi sekali? Muehehehehe (^,^)
Yang benar,
Anakmu di perantauan(lah sangat) yang merindukan suasana rumah juga mercun bola serta pop-pop.
Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)
3 taiko kawasan bagi amaran:
Alalalala sian dia. bertahan ye melin. :')
sabar la ep... nanti beraya la puas2 ye..=)
rindu kat family ya..ala siannya..sabar ya..:)
Post a Comment