Tuesday, September 27, 2011

Terjebak Sudah.

Sesiapa yang kenal aku personally, ataupun mengikuti update The Belog Chomot,   status di FB juga Twitter secara tegar (bajet hotsetap sentap mak nokss); pasti sedia maklum betapa peliknya aku terhadap generasi yang amat obses pada K-Pop pop pop pop dan juga drama-dramanya serta menggilai selebriti-selebriti bermata sepet tersebut.

Namun kenapa lately ni aku layan drama Jepun? Ye Jepun, bukan Korea. Korea tak dapat tempat dalam hati aku lagi.

Err aku sebenarnya layan drama ini. Sila saksikan dan jatuh cinta sekarang.



Background music kacau (=.=") Apart from that this drama is cute, motivating, sweet and you SHOULD watch it! Bukti ada depan mata, minah yang tak pernah layan mana-mana drama Jepun mahupun Korea tiba-tiba melekat depan laptop, gigih menonton tanpa kelip mata; that is ME.

PS: Bebudak UiTM NS kalau nak copy drama ni masuk hard disk datang bilik I. I ada complete series, free je tak payah bayar (^,^) #ehhmemangdahmacamhabispaperlahkan!



Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Thursday, September 22, 2011

Goodbye My Lovers!

Assalamualaikum. Selamat sejahtera semorang! (^,^)

Aku dah pandai buat tajuk entry memperdayakan orang nampaknya. Yeayy satu peningkatan dalam hidup! Err, perlu ke berbangga? Berdosa! (-.-") Jahat tau kalau tengok tajuk, tak baca entry sepenuhnya, cakap I playgirl sebab "Lovers" ada 's' dekat belakang tu. Ish ish ish tak baik tak baik. No no no no. 

I am just intended to say goodbye to these two, my previous lovers. Sobsobsobs. #macamtakperlupulaknakemobagai





















                  [paper BEL tu dah jahanam aku kerjakan muahaha]

Hanya tiga gambar kenangan inilah yang sempat kami rakamkan bersama. Mr. BEL 311 & Mr. CTU 211; cukuplah sampai di sini sahaja. I tak nak ada kaitan dengan you'alls lagi sem hadapan. Sorry and thanks for everything.


Yang pergi biarlah pergi. Lepas ni nak kena dating dengan 4 lagi yang lebih taiko dan KL Gangster. Lebih kurang macam Suami-Suamiku Gangster jugaklah! Madu 4 pulak tu! Err apa aku taip ni, abaikan je lah.

Sabarlah wahai hati, empat je lagi. Empat jeeeeeee. Empat. 4. Four. Arba'ata (betul ke eja macam ni? Mintak maap awal-awal). Empat dalam Jawa apa? Haih dah dapatlah point aku kan? Empat subjek je lagi. Lepas tu kau berjimbalah sepuas hati ekau. Ekau laksanokanlah segala plan semester break ekau. Den dongar ekau nak koje la, nak ambik lesenla, bueklah, tapi sekarang studylah dulu yo? Good girl.


Inilah dia budak baik tu. Tengok muka pun dah baik kan? Baik betul niat tak nak rotate gambar sebab nak suruh tengkuk semorang patah hehehek :D


PS: Ada sesiapa budak Sem 2 ataupun Sem 1 Fakulti Sains Gunaan yang nak tempah awal-awal dua paper dalam gambar tu? 15hengget je satu. Murah letteww. Sila tinggalkan nama di ruangan komen. For serious buyers only! What the hecksss :D

Lu pikirlah sendiri. Assalamualaikum!





Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Sunday, September 18, 2011

Rezeki Pertama Dengan Nuffnang. Alhamdulillah (^,^)



Assalamualaikum. Selamat hari-hari. Marilah pergi Hari-Hari!

Erkk. Line pertama dah awkward. Jangan bimbang. Tuan blog bukanlah tuan empunya Pusat Pakaian Hari-Hari, beliau cuma terlebih excited.

Sebab?

Sebab ni kot.













Tak payah enlarge tau gambar dekat atas ni. I malu -.-

Alhamdulillah, cashout pertama dengan Nuffnang lepas dah nak hampir setahun bertatih dalam dunia belog-membelog ni. Ewahh kau, ayat nak ayat Cerekarama je! Hekhek. I blogger biasa-biasa je. Tak adalah dapat ribu riban Ringgit Malaysia sebulan. Takde takde. That is so NOT me.

Walau tak banyak mana pun, still bersyukur sangat-sangat. Weh, DUIT kot? Siapa tak nak? MONEY IS IMPORTANT YAWW IN THIS WORLD! Nak-nak lagi kau ada blog je kau dah boleh dapat duit. Bukan kena bertukang siang malam! Nah hadap terkeluar sudah perangai mata duitanku ini. Ampun ampunn. Janganlah me-reject saya ye wahai jejaka-jejaka tampan sekalian. Aduiyai aku ni dah kenapa?! Back to the point, cheque dari Nuffnang ni sampai last week kot kalau tak silap. Memang menantikan kehadirannya pun sebab bila dah tekan butang 'Cashout' memang akan ambil masa sebulan pun untuk cheque sampai rumah. Gaya macam cheque tu ada kaki, jalan sendiri datang rumah aku kan? Err, creepy!

Nak snap pic cheque tu pun tak dapek ler, sebab teman tak pegang pun cheque tu apatah lagi nak snap gambar kan kome-kome? Sebab tulah print screen kat page Nuffnang je. Alkisahnya aku (sekejap aku, sekejap I, sekejap teman, cheq, aku sendiri pun dah pening) ada dekat kampus meneruskan pembelajaran dan bila Mak hello-hello cakap ada cheque atas nama aku, terus suruh Abah redeem cheque tu bagi pihak gwa (tengok tu, gwa pulak, aku memang ada masalah dengan kata ganti nama diri sejak kecil -.-')
Memang dah bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal peluk dengan patung Angry Birdslah kan. Duit dekat purse dah susut, nak minta sikit dekat ibu bapa segan, hilanglah macho kan, cheque Nuffnang, kau memang penyelamat! AKU CHENTA KAMU NUFFNANG! Dapatlah aku meneruskan hidup, beli kopi, susu, gula, pampers easy fit anak, eyeliner, air mineral blablabla. Semua ni rezeki anak-anak. Jangan salah faham, anak tekak, anak tudung tau!

Akhir kata, kalau ada yang cakap Nuffnang penipu, bila dah cukup RM50.00 nak cashout tiba-tiba tup tup terus jadi RM0.00, cheque tak sampai-sampai, hentikanlah tohmahan melulu itu ye tuan-tuan dan puan-puan. Nuffnang is the best! Dah dapat duit cakap macam ni lah kan. Hikhikhik. Biasalah tu cheque sampai lambat, beribu-ribu lemon blogger dalam Malaysia yang cashout earnings masing-masing derr. Nuffnang, saya amat memahami anda. SILA BAGI SAYA BUFFERED EARNINGS BANYAK-BANYAK YE SEJURUS SELEPAS INI! MUEHEHE BUAT FONT KECIK NI HARAP-HARAPLAH ORANG TAK PERASAN KUIKUIKUI.

PS: Ini bukan entry kipas bontot Nuffnang. Semuanya ikhlas dari hati owner blog yang start final exam semester 3 esok. Marilah mendoakan kesejahteraan bersama-sama.

Sorry entry kali ni mungkin membosankan dengan kekurangan gambar. Camera kena rembat si adik budak SPM sobsobsobs T__T









Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)

Wednesday, September 14, 2011

Memang Aku Sorang Je Blogger Yang Baru Update Cerita Raya!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Tengah lambai-lambai tangan ni? Nampak tak, nampak tak? Kalau jawab "Nampak!" tu confirm ada kuasa psikik! Err takut mak tahu tak! Kepada yang merinduiku selama ini, senyumlah kembali kerna kini ku kembali. Ku tinggalkan blog tak berilmiah ini untuk sementara gara-gara urusan hidup yang lebih hakiki.
Amacam? Ada siapa-siapa terjatuh cinta baca ayat puitis aku tak? Tak nak mengaku pun takpe, malu letttewwwww! Takpe I faham *flipping shawl

Raya tahun ini adalah yang paling meriah, sebab musabab tu lah sampai tak sentuh laptop sepanjang minggu raya, dan laptop ni mengada-ngada sikit, bila tuan dia yang cool ni lama tak menghadap dia, dia merajuk, terus merosakkan diri (pelik semacam je bunyinya)
Apa-apa hal pun cerita tu kita tolak tepi dulu, cerita raya dululah der!!


Nah hadap dulu gambar tunjuk baju raya tahun ni. Jeng jeng jeng.


Kalau kau orang bermati-matian rasa gambar ni candid, sila gelakkan diri anda sendiri sebab si Budak Chomot ni yang memaksa adiknya (yang lebih tinggii dan besarrrrrr daripadanya) untuk snap pic ini sambil menahan diri daripada terjatuh. Sekian.

Pagi raya pertama macam biasa dekat rumah Opah (belah Abah). Inilah sedikit sebanyak gambar yang dihasilkan sementara kaum-kaum lelaki pergi solat sunat Aidilfitri. Kenapa aku tak pergi? Tetttttt, masa habis. Fikir sendirilah bai.


Inilah adik aku. Tiap kali pergi beraya rumah orang semua orang terkejut bila dapat tahu aku kakak, dia yang adik. Aku pun senyum je lah. Tiap tahun bai. Bayangkan betapa penatnya aku handle situasi ini. I nak pakai satin shawl pun nak snap pic. Terasa #retis gituu. Muehehe.



2 anak dara tergedik-gedik depan kamera depan cermin depan apa lagi kau orang tambah sendirilah!


Me with my beloved Mum <3



I tengah buat apa ni? I tengah check duit raya I nak bagi ni, cukup ke tak. Chehhh. Padahal tengah sediakan ruang nak sumbat duit raya yang super masyukkk tahun ni. Buruk betul perangai ;D



Check camera pun muka serious nak mampus. Aset tu weh muka serious tu muehehe.

Finally, family potrait!


Ye, anda betul! Tahun ini kami sekeluarga lima-lima orang baju raya colour SILVER!!! Love it! Tiap-tiap tahun kena ada tema tau!

Dan macam dah tradisi pulak tiap tahun kena buat photoshoot gambar raya muehehe <saje feeling retis lagi>

Moh le saksikan.



Hah cepat spot the differences! Kalau takde kerja buatlah!
Tanda pakai marker kaler merah dekat laptop masing-masing, baru COOL! Weehoo ;D


Hai nama saya Melin Chomot. Saya menang basikal! #sebut dengan nada "saya menang motor"



Punyalah excited nampak sawah padi sampai nampak macam ada gigi emas, Ewww gross! :D



Yang baju selain kaler kelabu tu cousins kami (^,^)


Penat beraya okay. Perhatikan dua jejaka di belakang i.e Abah dan Atuk yang terlentok di sofa nan empuk.

Sampai sini je lah ye. Nak cerita satu-satu memang 45 entry tak habis. Tapi raya tahun ni memang meriahlah wa cakap lu! Ngeee. Kalau nak stalk gambar lain, boleh pergi SINI. Chehh bukan main. Boleh menang anugerah paling bajet dalam dunia kau! #kelaskauMaria

Okay bye, Assalamualaikum. Siapa-siapa nak ajak pergi open house pun bolehh :D







Orang cool semata-mata je boleh klik LIKE bawah ni tau. Tak percaya cuba try test :)